Sunday, 13 May 2012

13 MEI 2012(AHAD) SITI SARAH WEDDING DAY

kami singgah Tesco Extra Plentong menyejukkan badan sambil minum cool blog
mak panggil kami kembar siam! haha,adik aku yg montel  & bulat
lebih kurang je kami ni kan!
terasa anggun melaram baju fesyen 'WAKA-WAKA" ni
mak belikan semalam(12.5.12)  terima kasih x terucap utk mak,yg  support aku sementara
aku jadi penganggur terhormat... syukur Ya Allah!
Insyaallah akan ku balas jasa mu wahai bonda ku,smg Kau di berikan kesihatan yg baik
dan di lindungi Rahmat serta Hidayah Allah
bergambar dgn bonda tersayag,sebelum pegi rumah sarah konon-konon
melaram cantik la tu kan.. sempena HARI IBU 2012
inilah pic terbaru dgn mak tersyg!
kiri sekali pasangan pegantin baru jugak Ieffa(kakak ikin,comel kn!)&suami
dorg kawin pun awal tahun ari2,skg Ieffa da pregnant 3bulan! congrts!
kanan sekali tu ikin n BF dia wan,dorg pn akan bertunang 16 June 12 ni ,Insyaallah
aku sorg je dok terlepot kt bawah tu sbb xde pasangan,control ayu la aku jap.. hehe
Akhirnya selepas melalui beberapa halangan penjaga Tol pihak perempuan
mereka dapat duduk bersanding di atas pelamin umpama berada di dalam sebuah istana
di apit dayang-dayang & hulubalang
Ini sarah, kira mcm adik angkt aku jugak la zaman aku keje jusco sebagai promoter dulu
Ini lah ikin teman betting "30HARI MENCARI CINTA" kami bertiga dulu!
sekali sekala jumpa apa lgi berposing la sekejap tgh panas terik
bulan depan ikin akan bertunang,aku kalah dalam game ni~
dulu sarah ni lebih kurang gemok mcm aku skg ni.. skg dia da slim aku pulak memboyot hehe
Langkah pertama sarah berada atas pelamin,wahhhh aku pulak yg terasa excited.. masa ni sementara menunggu pengantin lelaki  berarak masuk, dengar bunyi kompang gebinggg-gebinggg terasa meremang bulu roma aku,agaknya x lama je lagi turn aku kot??? prasan la pulakk! aku sempat snap pic sarah yg tengah nervous ni..
Cakkk! sempat sarah ngendap nak tengok suami tercinta & keluarga  pihak lelaki melangkah masuk ke dalam khemah
gadis-gadis tol,siap sedia menanti utk megutip duit tol.. 
dulu aku dia ikin(adik angkat aku sorg lg) pernah betting "30HARI MENCARI CINTA" spe jumpa BF dulu haha,aku masih ingat memory tu.. zaman kitaorg single dulu.. oleh sebab  aku yg paling tua antara dorg ni,mst lh aku yg dorg slalu sakat akan jumpa jodoh dulu,tp terbalik pulak..skg sarah da kawin,ikin pulak 16 JUNE 2012 ni akan bertunang.. aku masih lagi single!!! nasib-nasib...

Tuesday, 8 May 2012

Layan radio SURIA FM bersama DJ LIN SURIA CINTA PK 11PM-2AM buat aku jiwanggg

2 bulan kebelakangan ni,aku kemaruk nak post ayat-ayat cintan kat wall page DJ LIN SURIA CINTA cewahhhh!!! konon-konon jer nak test power! aku kan memang minat menulis ayat-ayat jiwang karatzz
sejak-sejak frenlist dgn kwn FB Maimunah & Ieyna dorg berdua ni mmg kaki layan radio SURIA FM tu tiap-tiap malam pk 11PM~ dulu,aku ada jugak try nak layan radio tu.. tapi x leh masuk sgt,aku rasa macam meleweh~ dan mungkin time tu,aku tgh frust sgt so aku xde lah nak feeling sgt nak layan emo,yg sememangnya masa tu tgh beremosi x mengikut masa,kanggg habis semua org jd mangsa emo aku...
Alhamdullillah sejak2 da leh terima semua kekecewaan lalu aku rasa ada feel nak layan radio tu tiap malam pk10 lebih je aku da on9 dan stndby on radio~ kat wall aku nanti mula lah aku merapu dengan kwn2 aku yg mana sekaki sekepala dok melayan perasaan smbil update status & dengar radio.. aku happy dengan cara mcmtu.. baru aku tefikir sebenarnya ada positifnya jugak bila kita melayan radio lagu jiwang karat n dengar madah2 cinta,puisi,ucapan dr kekasih2 yg merindui,dirindui,ditinggalkan mcm2 lah yg sewaktu dengan PERCINTAAN... heeee~aku da mula tersenyum mendengar ucapan2 pendengar yg dibacakan oleh DJ LIN.. masa tu timbullah rasa cemburu dannnn rasa nak try bercinta... ok lah aku rasa bg mereka yg da pulih semangat dr frust menonggeng klu nak layan radio SINAR FM ni setiap malam jam 11PM-2AM aku rasa mungkin masa frust x di galakkan nakdengar n layankan lagi prasaan kecewa tu... tapi bila anda rasa da ok sket,boleh la layan.. lagi pun suara DJ LIN tu lemak berkrim klu bacakan madah2 cinta atau ucapan2 dr pengirim
dia seolah menjiwai dan memahami tw!!! kat sini aku nak share kan tips-tips aku menangani kekecewaan dulu

1~ cuba elakkan dr mendengar lagu2 cinta yg boleh mendatangkan kenangan manis EX korg
2~padamkan semua gambar2 EX korg yg ada dlm fon atau pun lappy
3~padamkan msg2 dr EX korg atau send item yg korg pernah save kt fon sebab slalunya klu BF korg x rep msg mst korg tengok balik send item tu kan! so korg mst padam kan k..utk elakkan dr korg teringat kt EX
4~klu blh hadiah2 atau apa jugak barang2 yg EX korg bg semua korg buang mmg susah nak luputkan dan rasa syg tu ada pd brg2 yg EX korg bg tp kena try la (TAPI AKU SEBENARNYA MASIH SIMPAN LAGI BRG2 TU) cuma aku simpan dlm kotak dan simpan kt mana2 tempat yg korg x slalu terpandang atau ingat!
5~remove n block terus EX korg dr FB!
6~jgn sesekali balas msg dr EX korg buat x faham je,klu blh dapat je msg dr num EX korg terus remove jangan bukak
7~setiap malam sebelum tido slalu berdoa supaya kita blh menjadi tabah dan redha dengan Takdir ALLAH &doakan EX korg bahagia dengan kehidupan dia skg...

Insyaallah dengan tips2 yg dah aku try utk pulihkan jiwa aku yg melara sekian lama ni.. korg pun blh try tw..

Waaaaaa pening nak edit blog!!!

kalau lappy aku ni blh bercakap mesti dia da mengomel "KAU NI X RETI NAK STOP KE EDIT,KLU DA X RETI TU NANTI-NATI LAH BELAJAR ATAU TYA DENGAN ORG YG TAW!"
hahaha,lawak kan tapi susah lah aku ni mmg, keras hati,keras kepala kalau nak cuba sesuatu mst aku nak buat sampai dapat n kalau blh biar org dengar je ckp aku.. x senonoh kan? apa blh buat sejak azali aku da memang mcmni.. erm... patutlah xde lelaki yg tahan dengan perangai n celoteh aku ni!!!
aku nak try ubah background ke wall paper yg warna coklat (skg aku gunakan)
jeles tengokblog org len semua nampak ada luv kecik-kecik bila gerak kan mouse pastu wall paper dia colour cerah-cerah sejuk je mata memandang..
tolong lah sesiapa yg baca blog ni bg penerangan kt aku mcmana nak ubah semua tu,aku rasa mcm meroyan tahap gaban ni!!! sampai x leh tdo pikirkan nak ubah jugak wall paper aku yg da jelak aku pandang..

Malam Yg panasss berserta hati yg sedikit panas

Ini pulak masa Zila Tunang, baju oren pakai tudung cream tu Salwa BFF aku jugak,tp masa susah je kwn masa dia senang da kawin dgn bisnesman berlagak nak mam... n yg baju oren x pakai tudung tu Azwa BFF aku jugak dia pun lebih kurang salwa maklumlah org keje kerajaan JPS bulan 6 ni dia pulak nak kawin...
Depan skali tu Yatie second tu aku lah! (comel kan?!) ke3 Ina ke4 Ayu  ke5 Eisya ke6 Zila Time ni kat bili umh Ina semenatar tunggu Che Hazlina nak bersanding
Pic ni masa wedding CHE HAZLINA kwn sek aku,time ni aku nampak kurus n berseri je kan..sebab hati tgh senang bercinta dengan kekasih hati HAFIZUL HAKIM MD BADRI,tp semua tggl kenangan skrg frust badan pn ikut membadak... sebenarnya nak cter psl gambar ni hubungan kami kengkawan semua happy jer...
hari ni da 9/5/2012 dr semalam aku try edit blog aku yg da semakin terkubur ni... masih x berjaya lagi,maklumlah dulu masa frust menonggeng,konon-konon nak ada blog sebab nak luahkan perasaan kt blog.. tengok org  buat blog ayat semua best-best! teruja!!! semalam pulak tgok blog Fatin Liayana DR.BLOGGER 2012 dia share kt FB masa kena temuramah kt rancangan Kopi 'O' Teh Tarik & MHI
mcm bagi semangat nak hidupkan kembali Blog aku yg semakin sepi...
Yg Kiri tu lah BFF yg aku da anggap dia kwn dunia akhirat-->NURUL IDAYU YAHAYA    Tengah tu AKU lah! hihi  Baju pink tu kwn aku yg aku x berapa nak berkenan sgt perangai nya EISYA
hari ni sebenarnya mood aku terganggu sebab adik aku gtw dia tgok pic kawin member aku Zila &Epul semua geng-geng sekolah aku ada dtg, n da jd lumrah dorg mesti berposing sakan,dulu klu aku join kompem aku lah antara top 3 yg kaki pose... kira catat sejarah utk wedding Zila kali ni,aku x join dorg,sbb aku rasa kecik hati sgt dgn perangai kwn aku yg sorg ni Nurul Idayu Yahaya.. korg tw x,aku kwn dgn dia sejak sek rendah smp lah sek menengah?! aku da anggap dia BFF aku no 1 in my heart! tapi di sebabkan 1 kes kt FB hujung tahun lepas(2011) masa aku baru putus dengan Fahmi.. dia ada masuk campur... aku rasa terkilan.. penat rasa nak bercerita benda yg sama.. kita lupakan je lah.. jom aku tunjukkan pic-pic kenangan aku dengan diaorg semua
Sebenarnya aku menjauhi dorg sebab aku rasa aku x dihargai bila aku susah,awal tahun ari2 masa aku dapat tahu aku sakit ada gangguan jin yg da bertahun ada dlm badan aku,aku ada msg Ina & Ayu bgw.. dorg ckp je nak dtg tgok,tp lps tu lgsg senyap x msg pn.. Ayu pulak 1 hal,aku inbox FB tya kes dia kena marah dgn kwn ex aku psl apa? dia matikan diri,nampak sgt dia ada buruk-buruk kan psl aku.. padahal niat aku nak tahu sebab dia sendiriyg ckp nak bgtw.. ending nya bila dia x balas inbox,msg kol aku.. aku buat keputusan menjauhi je.. dan terus block mereka semua dr FB aku.. Alhamdullillah aku bahagia beberapa bulan melawan sakit dn kehilangan mereka langsung x memberikan kesan pada aku.. semoga dorg bahagia dengan kehidupan dorg yg akan mengakhiri zaman bujang dorg.. ~AMIN~

Monday, 30 April 2012

AKU RAPUH JUA.....

Assalammualaikum semua,lama rasa nya aku x meluahkan segala isi hati yg terpendam kat blog ni.. mungkin berkat aku berubat n semakin pulih,aku rasa kan jiwa ku cukup tabah dan redha dengan ketentuan ILAHI,Alhamdullillah Tuhan sayangi aku.. walaupun aku rasa kan aku kehilangan semua insan yg aku sayang.. sejak Bak meninggal bermula lah episod duka babak pertama dalam hidup ku.. aku anak yang paling rapat dgn arwah ayah(Bak) pada dia saja tenpat aku bercerita tentang semua masalah x kira,apa pun jua yg berlaku... kalau aku ingat2 semula,sebelum kepergian bak.. dia slalu buat aku marah dgn perangaidan sikap dia.. yg paling aku x dapat lupa kan,seminggu sebelum dia pergi,aku balik keje lewat malam,dia tuang kan aku air sirap... Aku dapat rasa dia,x sedih nak tinggalkan aku,sebab dia tahu aku akan pikul banyak sangat tanggungjawab....dr ari pertama bak kena tahan kat wad smp dia hembuskan nafas terakhir,semua memori tu masih segar dlm ingatan aku..
hinggalah saat aku kucup dahi arwah bak,sebelum di kafankan..airmata bak bergenang kat kelopak mata,semua org memandang aku,seperti ada sesuatu yg bak terkilan... semua mengandaikan arwah nak tengok adik ak tunang.. memandangkan adik aku da lama sgt bercinta dgn suami dia (sekarang) tapi pada andaian aku,bukan arwah terkilan sebab tu.. arwah sedih sgt nak tgglkn aku dengan tanggungjawab yg banyak..........
Aku berhenti kerja Jusco sebagai Promoter setelah hampir 5 tahun,itu saja pekerjaan yg mampu utk aku buat bg membantu keluarga... Alhamdullillah aku dapat kerja kerani am.. lagi pun itu amanah arwah bak,supaya aku kerja kerani n ada banyak masa terluang untuk keluarga...
walaupun aku x mampu nak memulakan pekerjaan yg baru bagi aku.. macam2 tohmahan aku dapat,lembab x pandai guna komputer tapi aku kuat kan semangat.. masa tu seingat aku,semangat aku cekal sgt.. smp lah aku kenal hakim.. dia lah yg banyak bg sokongan aku.. mula2 sekali aku tegur dia,mx tlg dia beli kn top up hp aku... dia je pegawai lelaki yg ramah n sudi nak tlg aku... lama2 hubungan aku ngn dia makin rapat bila kete aku rosak,dia lah yg amik n hantar aku pegi balik keje.. masa tu,aku makin rasa sayang n jatuh hati pd dia.. walaupun aku tahu dia da ada gf.. smp la 1 saat dlm3 bulan hbgn kami,aku terfikir nak luahkan pd dia,aku nak putuskan hbgn dgn dia,sbb aku serba salah dengan gf dia.... aku luahkn dalam surat,aku x mampu nak luahkan dgn kata2..lepas baca surat tu dia nangis depan aku. dia ckp dia x leh nak lepaskn aku.. aku pun x blh tipu diri,aku sendiri x blh hdop tanpa dia.. kami teruskan hbgn kami hgga dia pergi belajar.. 
bermula lah episod cinta luka yg akim ciptakan utk ku... dia curang dengan ku.. aku rasakan ini pembalasan sebab aku merampas akim dr gf dia.. tapi lepas beberapa bulan berpisah akim dtg semula merayu utk kembali pd ku... namun hubungan tu x lama,bila kantoi akim curang.. 3 kali kami putus sambung.. dlm tenpoh bercinta jarak jauh ni.. aku rasa putus asa,dalam hdup tanpa akim,hgga sekarang aku x jumpai pengganti akim.. semoga dia bahagia dengan kekasih baru dia dan dia x ganggu aku lagi.. hingga akhir hayat 

Friday, 30 March 2012

AKU BUKAN INSAN YG KUAT

Azam 2012 aku,utk kerja dgn lebih tekun dan cemerlang semakin pudar... bila Januari 12 ak berhenti kerja lagi selepas 5bulan ak bertahan... aku pun x tw knp,semangat ak utk kerja x sekuat dulu,kdg2 aku mudah patah semangat..Syukur Tuhan beri aku jawapan.. bila mak tergerak nak tanya dgn seorg yg pakar utk melihat diri ku,knp seringkali berkerja tidak kekal.... selepas sehari bertanya kan hal itu.. ak mendapat jwpn yg amat memeranjatkan dlm badan ku ada pendamping (makhluk halus) pak cik yg merawat ak,ckp mungkin mainan org supaya aku tdk kekal bercinta,berkawan,berkerja.... dlm persoalan ini lah,membuat aku tertanya tanya siapakah musuh ku??? amat pahit utk aku terima jugak keadaan ini.. namun ku kuatkan semangat utk melawan semua dugaan ini... namun AKU BUKAN INSAN YANG KUAT,kdg ku rapuh.... 2mggu selepas tempoh merawat diri ku.. aku seringkali mendapat mimpi yg buruk,seolah petanda utk aku mengetahui siapakah gerangan hamba Allah yg menujukan mainan tdk baik itu... kwn baik ku sndiri... kdgkala akim muncul jugak dlm mimpi ku...
dlm tafsiran ku,mungkin kwb baik ku,mencemburui dgn perhubungan cinta aku dgn akim...... namun aku tidak menyalahkan dia... mmg cinta aku dgn akim,buat ramai yg iri hati..lg pula cinta kami di halang oleh keluarga...
saat perpisahan kami,amat lah memeritkan jiwa raga ku... luka ini amat lah pahit seumur hidup ku.. aku harap pd masa yg mampu membuatku melupakan dirinya...

Thursday, 8 March 2012

Berikan aku kekuatan utk melupakan dia!!!!

kenapa mesti aku terus di bayangi dia??? aku tercari2 dia dlm mimpi ku...mungkin aku terlalu rindu kenangan manis yg dia ciptakan utk ku... x jemu dia memberi sokongan pd diriku saat ak,perlukan seseorg utk menguatkan semangat ku,selepas kematian ayah.... Tuhan hadirkan dia dlm hidup ku adalah suatu Rahmat buatku.. namun Tuhan pisahkan kami tersembunyi seribu satu hikmah yg penuh persoalan...
kini sudah hampir 3 tahun berlalu kisah cinta kami yg mendapat tentangan family.... namun kekuatan cinta yg tersemat dlm hati dn sanubari ini amat payah utk aku lenyapkan... kekadang aku rasakan,mampu utk meghadapi ketentuan ini.. namun apakan daya aku cuma wanita biasa yg rapuh hati nya,setelah hati ini,menanamkan cinta sejati utk dia..telah ku cuba jatuh kan hati ku pd lelaki lain,namun x berdaya.... selepas 2tahun kami berpisah,aku cuba mengorak langkah meneruskan kehidupan ku.. tanpa dia disisi,namun langkah ini seperti di halang oleh bayangan dirinya... hgga aku jatuh sakit,malang menimpa ku..satu persatu... kerjaya ku hancur,teman2 yg mempercayai ku jua satu persatu menjauhiku... kerana kedegilan hati ku,utk melupakan dia... nasihat teman2 langsung tdk kuhiraukan.. bagaimana mampun utk aku melupakan insan yg bertakhta di hati dan sentiasa ada disisi saat suka dan duka hidup ku?? terlalu byk pengorbanan dia utk ku,sedaya mampu dia cuba buat ku tersenyum dan membuatku bahagia..... dia lah lelaki,yg berjaya mengahalang airmata duka,di saat dia melabuhkan tirai kasih nya utkku... namun airmata bahagia,tetap menitis,kerana terlalu terharu dgn pengorbanan nya utk ku....
andai ku tahu,apakah maksud rindu ini..yg tiba2 membuat aku terbangub di waktu lena ku,dan memanggil nama nya lantas airmata ini turut menemani tidurku... sedangkan sebelum malam melabuhkan tirainya,ak selalu berdoa,agar aku redha yg antara kami tiada jodoh.... temph hati atas nasihat seorg teman maya ku SyofiaShahminan.. ak kumpulkan kekuatan utk menghantar sms,pd dia utk menyatakan maaf dan berharap dia mendengar lagu Andai ku miliki semalam,kerana liriknya penuh dhn maksud yg ku cuba sampaikan.. namun sms ku tidak di balas.. aku sedikit kecewa... namun aku yakin,dia pasti mencari lagu itu... aku berharap dpt bertemu dengan dia,di saat aku sudah mampu menerima kenyataan yg aku bukan utknya... walau apa pun Takdir yg Tuhan rencana kan utk ku,aku berharap cinta dan kasih ku tetap tersemat di hati dan sanubari ku...
awk.... andai awk terbaca nukilan hati ini... maafkan sy dia atas keterlanjuran kata ini,tiada maksud menyakiti awk selain rasa rindu dan hanya mampu meluahkan di dalam blog ini.. kerna sy rasa kn..:AKU BAHAGIA DI SINI"
saya cuma ada gambar ini,di hari pertama awk dtg jumpa mak sy,sebelum kita keluar first date.. senyuman yg kita ukirkan ini,tanda bahagia nya cinta kita.. tanpa kita sedari,cinta kita tdk kesampaian hingga akhir hayat kita.. semoga awk bahagia dan bertemu dgn wanita yg jauh lebih baik dari saya...

kata kata mereka


Shoutbox