Tuesday 11 June 2013

AkU AnAk YatIm x BeRbAPA

Lama rasa x ku luahkan sesuatu dlm blog ku ini... bagi pengikut blog ku yg slalu singgah terima kasih ku ucapkan.. kesibukkan kerja dan masa membataskan ku utk berbloger... kadang-kadang terlintas di fikiran utk mengarang semua perjalanan seharian ku... apa kan daya, masa tidak mengizinkan.. tetapi kali ini,coretan yang ingin ku luahkan dan ingin ku kongsikan bersama rakan-rakan blog, adalah kisah kehidupan ku sepanjang 5 tahun aku kehilangan ayah kandungku buat selama-lamanya..... tergerak nya hati ini utk mencoretkan di sini adalah berpunca dr rasa sebak dalam hati bila mendapat tahu,kesusahan keluarga ku di canangkan dr ibu saudara ku kepada saudara yg lain... bagi kalian ini mungkin nampak perkara biasa,tapi bagi diri ku,amat lah hina kerana melibatkan pengorbanan ibu ku.. sungguh sedih dan terkilan aku rasakan

Alhamdullillah hampir 10 bulan aku bertugas sebagai ASTP (Anggota Sukarelawan Tugas Pejabat) di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Johor Bahru... Dengan kerja ini aku peroleh gaji serendah RM900-RM1200 sebulan hanya dengan rezeki ini aku mampu membantu ibu ku menyara kehidupan kami. Sebelum Ibu ku pencen Disember 2012 kehidupan kami cukup-cukup makan utk membayar sewa rumah,kereta,bil-bil dan semua perbelanjaan dapur. tetapi selepas ibu ku pencen, semua perbelanjaan rumah di tanggung oleh aku dan jugak adik ku. dalam menanti duit pencen ibu ku, keluarga kami di uji dengan masalah keewangan, aku jadi buntu dan tertekan,sehingga aku bertekad buat kerja partime selama 3 bulan. bayangkan lah betapa penatnya badan ku tidak cukup rehat dan tidur semata ingin menampung semua hutang-hutang.. aku masuk kerja 8 pagi pulang lewat jam 5petang.. dengan keadaan yang kelam kabut memandu utk sampai ke tempat kerja partime ku (Jusco) Pukul 6 petang, setiap hari tiada cuti rehat. sabtu ahad sahaja,aku cuti bekerja di JPAM,dapat lah aku rehat dan cover semula waktu tidur ku.. kemudian masuk kerja partime jam 1 petang.selama 3 bulan aku cuba,akhirnya aku berhenti juga kerja partime tu,memandangkan keje di JPAM banyak latihan dan kursus-kursus yang perlu aku jalani...

semalam 11 Jun 2013,waktu aku berchating dengan sepupu ku yang berada di Sabah, terperanjat bila dia cakap, yang ayah dia (ayah saudara) ku, bagitahu pada dia yang ibu ku pergi ke kelantan semata-mata ingin pinjam duit mak saudara ku bagi melangsaikan hutang kereta ku yang sudah tertunggak 3 bulan... Ya Allah aku rasa sungguh sedih, sampai macam tu sikap mak saudara ku bercerita soal pinjaman itu. mak,sanggup merahsiakan semua itu dari pengetahuan ku, sebab mak taknak aku risau dan susah hati. mak bagitahu aku, yang mak saudara ku suruh pulang ke kampung sebab nak bagi duit jualan tanah arwah ayah ku. aku sungguh terkilan. kebetulan sebelum aku mendapat tahu hal ini dari sepupu ku,kami dah merancang utk jumpa di KL sabtu,tiba-tiba bila aku dapat tahu hal ni, hati aku rasa tawar hati nak jumpa dengan semua saudara ku di sana. aku menangis mengadu pada Tuhan..

DOA KU "YA ALLAH AMPUNILAH DIRI KU KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KU SEBAGAI ANAK YANG MENGGANTIKAN ARWAH AYAH KU,UTK MEMBANTU IBU DAN ADIK-ADIK KU" menitis air mata ku.. di tikar sejadah..

kata kata mereka


Shoutbox